Isnin, 25 April 2011
Salam Perkenalan
Dengan wujudnya blog ini maka dengan rasminya bertambahlah lagi satu blog yang berkisarkan tentang arnab.... dan diharap juga ianya dapat dikongsi kepada sesiapa yang mempunyai minat yang sama terhadapnya. Arnab ni memang sejenis haiwan yang pada aku dapat memberi seribu macam kesenokan memeliharanya... Sebenarnya satu ketika dahulu (sekitar tahun 90an) aku penah pelihara arnab ni tapi baka biasa je... dan arnab tu penah jejak sampai dekat seratus ekor... seperti yang sedia maklum haiwan ni memang cepat biaknya. Bermula hanya 1jantan dan 2 betina yang dibeli dari jiran sekampung.. masa tu murah je arnab ni beli dah matang pun dia jual sekor rm5 je. Pastu bila dah banyak tatau nk watpe bak kata orang jawa 'bosok nganggur'. jual pun tak de org nk beli sebab masa tu lepas saya beli arnab dari jiran aku tu tak lama dia sedekah arnab2 dia kt org kampung, dh xlarat nak bela katanya (rugi je.. klo tau dia nk kasik tak yah beli dulu). dan masa tu jugak memang ramai kt tempat aku ni orang bela arnab sampaikan kedai runcit bapak aku pun jual pallet arnab... skrg ni org tmpt aku dh macam tak minat nk bela arnab ni lagi katanya rugilah... xde marketlah... arnab kuat makanlah dan bermacam2 lagi (mungkin badi bela arnab yang dulu kot.. tapi takpe akan ku hasut pemikiran dorng utk berkecimpung dalam bidang pengarnaban ini hehehe.... klo nk citer memang panjang nt boring lak nak baca.... apa2 pun diharap kalian suma dapat berkongsi apa2 yg bermanfaat, insyAllah ada kesempatan nt akan ku update lg entri2 yg terlatest...TQ
Langgan:
Catatan (Atom)